Budget ,fulus dan kehidupan.......



Ringgit Malaysia...ehm...da lame tak berurus niaga dengan duit ringgit malaysia.....ehmmm kat sini pakai pound egypt atau bahasa pasar orang kat sini panggil ginih..... tgk duit macam banyak macam best....ape yang nak saya perkatakan hari nie...memang berkaitan dengan duit.....atau pun pengurusan duit.....kalau di Malaysia saya percaya bahawa ramai di kalangan kita yang masih ditanggung keluarga selain daripada pinjaman atau biasiswa yang diterima....... duit kalau bagi sejuta habis dalam sehari......ingat lah bahawa kekayaan kedua ibubapa kita tak dapat diwarisi sepanjang hayat kita.... kalau saya di sini, sebulan abah akan bagi rm500 sebulan,tetapi saya membahagikan wang tersebut kepada dua bahagian,satu untuk disimpan dan satu duit poket belanja bulanan.....

bukannya apa,supaya berjaga-jaga ketika keluarga di malaysia kekurangan duit,kita harus memikir kan dari setiap segi,bukan hanya kesenangan kita tetapi kesenangan ibu bapa dan adik-adik serta orang tersayang di tanah air..... pasal duit belanja,RM 250 di sini bersamaan lebih kurang LE 400,jadi duit tue saya bahagikan untuk duit belanja rumah,duit pelihara kucing,bayar broadband,top up dan sebagainya.kesimpulannya gunakanlah yang diberi oleh keluarga sebaik mungkin dan jangan membazir,ini sebagai peringatan kita bersama.......

dalam post yang akan datang,saya akan bercerita serba sedikit tentang subjek yang kami ambil dalam tahun satu kuliah perubatan di university of Tanta,Egypt....

''Duit bukan segala-galanya,tapi segala-galanya adalah duit''

Selangkah demi selangkah

tajuk aku nie sebenarnya direct translation dari ''step by step'',ape yang aku maksudkan di sini ialah setiap kejayaan itu tidak datang terus menuju kepada kita,seperti pepatah melayu selalu berbunyi,''yang pipih datang melayang,yang bulat datang bergolek'',tak semua benda mcm tue...untuk sahabat2 yang kini belajar di IPT, setiap kejayaan itu hendaklah dimulakan dengan bismillah,serta niat yang betul untuk menuntut ilmu, Allah akan memberi kita kejayaan setimpal dengan apa yang kita usahakan,jadi cuba yang terbaik,apa yang significant di sini adalah,setiap kalii kita menggorak langkah,niatkan sesuatu yang baik,setiap langkahan itu akan terasa perbezaannya,sekiranya kita ditemani niat yang suci seperti niat menuntut ilmu kerana Allah... banyak manfaat yang akan kita peroleh dari-Nya.... jika kita sudah melepasi UPSR, PMR, dan SPM,perjalanan kita masih panjang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup ini.... mungkin banyak kesalahan yang telah kita lakukan suatu ketika dahulu,tetapi pandang ke depan, terus melangkah buka buku baru,buang yang keruh,ambil yang jernih,dosa-dosa lama itu sama kita bertaubat kepada Allah SWT,supaya diampunkan dosa2 kita yang telah lalu....pasangkan azam,betulkan niat,bukakan minda,luaskan pemikiran,teruskan cita2,mungkin anda rasa sudah terlambat,tapi saya ingin mengucapkanselamat menyambut tahun baru hijrah serta tahun baru masihi.... happy new year........

Mesir..... best atau tak?


Mungkin ramai sahabat2 di malaysia tertanya-tanya...mesir,best ke?hmmm. kalau nak dibandingkan dengan malaysia saya sendiri berani jamin jauh best di malaysia dan senang hendak membuat semua urusan seharian...mesir,atau saye kecilkan lagi skop di sini iaitu tanta, ialah bumi pertanian di mesir kerana di sini adalah delta di mesir.....setiap kali hendak pergi ke kelas saya dan rakan2 akan melalui kawasan sawah dan banyak gelagat dan budaya yang berbeza daripada di malaysia...... hmmm... ape ye...? mungkin sahabat2 semua pernah melihat orang yang membawa kereta dengan laju dan membunyikan hon tanpa sebab? disini adalah perkara biasa....hehehe..... kadang2 malam pown deorang tak bukak lampu drive malam..... tapi keadaan di sini adalah yang paling sesuai untuk belajar kerana tidak mempunyai sebarang gangguan serta banyak bantuan dari rakan2 dan abang2 di sini yang kami terima....... hehehe.... doakan kejayaan kami dalam exam yang bakal menjelang tak lama lagi...hik3...


''termenung jauh mengenang keluarga di tanah air,

beginilah nasib kami di perantauan,

tetapi itu merupakan sumber kekuatan kami,

doakan kejayaan kami di sini....''

Hidup bagai rugby.....



tahun 2006/2007 merupakan tahun yang paling menggembirakan aku.... hampir kesemua tournement rugby yg aku sertai pasukan kami johan...... dengan team senior,team batch n even main untuk kuantan.... 1/1/07 aku dapat wife yg sangat bek n memahami...... nurul erlyeza binti safian.... aku menyayanginya sepenuh hati aku...... hehehe.... ape yang aku

katakan hidup bagai rugby? bagi aku,hidup kite perlu merangkak dari satu spot ke satu spot,same seperti hidup kite, kite perlu bawa bola dari satu tempat terus ke garisan try,tetapi tak semudah itu sahabat2,setiap perkara ada halangannya,if dalam rugby kite ada 15 opponent di atas padang.... setiap satu daripadanya mempunyai kelebihan tersendiri,sama seperti kehidupan,tiada jalan singkat melainkan step by step,sehingga ke try yang kita idamkan......hidup kita singkat jadi manfaatkanlah segala yang kita ade....sayangilah mereka..... cuba yang terbaik dalam hidup,jangan sia2kan peluang yang kita ade,setiap manusia telah ditetapkan rezeki masing2,its only the matter of time yg menentukan kite dapat bile........


''indahnya hidup berteman,tapi alangkah indahnya
lagi jika dihiasi perkara bermanfaat dan teman yang
sejati''


Kembali setelah sekian lama menyepi.....

helo everybody..... aku da lama tak tulis blog nie..... baru bukak semula..... kalau dulu kat malaysia,sekarang da kat mesir, amik perubatan kat tanta,mesir..... aku jz nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman dulu,kini,dan selamanya dekat sini...hehehehe....ok,doakan aku kat sini berjaya okesss.....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Medical Wanderer Life's |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.